Monday, June 3, 2013

rindu pd diri yg lalu

ni luahan rasa tuk peringtn diri sndiri je..muhasabah diri sendiri...


sesungguhnya...
saya rindu pd diri sy yang

jaga pandangan,
selalu berzikir,
selalu tundukkn pndgn,
jrg pakai spek sbb jaga pndgn,
suka membaca dan menulis,
suka msj kwn2 msj2 peringtn,
selalu puasa,
sngt jaga ikhtilat dan sngt pemalu nk berckp dgn lelaki even an ustaz to ask questions.

LELAKI...?


assalamualaykum....

harap maaf pd lelaki yg terasa...harap maaf pd lelaki yg yg rasa marah ke tak adil ke tetiba kan tntang post aku ni....

apapun, aku ingin menegaskan bahawasanya, ketahuilah, bahawa yg saya mention kat sini...yg sy sedihkan kat sini adalah sesetgh lelaki... bukan semua... 

nape ek? sy selalu la jugak nampak prmpuan tudung2 labuh bila dia sedang berjln ke, tggu bas ke dok lam komuter ke... lam bas ke... bibir dia terkumat kamit berzikir ke murajaah ke... tp lau lelaki sy susah nk nampak...

nape ek.... sy jrg nmpk lelaki puasa sunat. lau ade pun masa de ifthor nye majlis... lau tak sush juga nk nmpk lelaki puase.... nmun sememngnya puasa ni adlh satu amln yg kita tak nmpk...yet..kengkdg kita boleh je tahu kan lau seseorg tu puasa... dlm klgn muslimah sy sering perasan yg jenis suka puasa... tp lelaki...sngt pyh nk jumpa... mmmm.... sorry to say...sy ckp ni...sbb sy punya ramai adik laki.... dan sedara lelaki(sepupu sepapat) yg sangat lah tidak rajin untuk puasa sunat... nape ye... sy jd risau la jugak...nnti bila sy dah kahwin, sy susah nk puasa sunat sbb suami sy seorg yg sangat tidak rajin nk puasa sunat. prmpuan kan kena mnta izin suami untuk puasa sunat. 

antara sbb sy dgr lelaki tak nak puasa sunat. elak puasa sunat. sbb kerja pent, letih. 
ok, kalau itu sebabnya.... meh cek nk ceramah ckit la kan...

puasa ni byk kelebihnnya tau... boleh mendidik nafsu, boleh menjaga kesihatn... selain itu dr segi fadhilat lain pun byk lagi.... kalau nk tau lbh byk lagi...sila lah rajinkan diri baca buku tasawuf... 

ok...tntg letih... sy boleh la gak fhm keletihn ni buat kita ase tak ikhlas kan....tp kan... nape lak prmpuan yg dhuafa yg golongn yg dikategorikan lemah ni, boleh pula rajin nak puasa? sedangkan mereka kepenatan dan keletihan, daya tubuh badan daya ketahanan, dan kesihatan mereka, kudrat pun sngt la jauh beza ngan lelaki. sbb tu dia diberi cuti oleh Allah setiap bulan. makanya... boleh tak saya katakan lelaki2 yg memberi sebab ini adalah lelaki yg sangat lemah sebenarnya... tak de la kuat mane pun kan... huhu...

amik la pengajaran... pd prmpuan pula jgn sesuka nk menmbh mengata pulak... sy post kat cni, sekdr nk luah je, dan nk suh korng lelaki... pk pk la... kuatkan lah diri masing2... jgn tunjuk lemh di dpn kaum lemah. 

Welcome to new blog

assalamualaykum

ok... firstly aku nk ucap ahlan wasahlan, welcome selamat datang ke blog makhluk Allah yg dhaifah ini.... sesungguhnya sebelum aku citer tntg blog ni, aku nk mnta maaf dulu lau pape lam blog ni...korg tak suka baca...maka jgn baca...tak suka pape yg aku share... diam...dan hrp boleh la hormat perndirian aku...lau terasa, minta maaf sangat2...

ok...tntg blog ni...
tujuan aku buat blog kedua ni....

1. aku nak meluah perasaan aku je...yg kengkadang tertekan dgn dunia ni...yelah makin meningkat dewasa, kita akan belaja mkin byk kita reti dan phm...kdg2 lau kita tak tulis kita lupa...

2. aku nk latih diri aku supaya rajin2 kan menulis... aku nak diri aku jadi jujur... kekalkan kejujuran yg ade.

3. aku buat blog ni asing dr blog satu lagi sbb kat blog ni aku nak guna ayt dak2 remaja skrg....

4. aku nk aku jadi manusia yg berfikir bila menulis... smbil menulis biarlah aku rajin berfikir-zikir....

ok last but not least..... pape yg dibaca di sini andai jiwanya rasa tak suka hrp maaf. blog ni mgkin menampkkn diri aku yg berbeza dr blog satu ag...tp aku manusia biasa je...kengkdg de gak time nye aku perlu luah.... hrp blog yg ibarat diari aku tak mengganggu gugat hidup korng...peace... smile....

the bitter truth i want myself to be remind of. the journey of my pathway may not be an enjoyable happy moments, yet i never regret of everything Allah had given me as He taught something in everything He gave me and everything that He permitted me to do. :) luv Allah

Friday, May 6, 2011

Untuk ibu-ibu Palestin - Hafiz Hamidun.

بسم الله الرحمن الرحيم... السلام عليكم 

6 Mei 2011, saya terlibat dengan satu program yg sngt menyentuh hati, Malam Puisi Gaza II. program ni bertempat di Rumah PENA, Jln Dewan Bahasa. pelbagai persembahan ada pd mlm tu. Deklamasi puisi oleh sasterawan negara kita, A.Samad Said, dari Pena dan Firqatu Az-Zahra, serta dr LL4G. Ada juga nasyid dr UNIC, dan Shahiran dan rakannya dari kumpulan Rijal. antara part yg sy suka dlm program ni adlh, pendeklamasian puisi oleh A.Samad Said (tapi syg, part ni sy sibuk jaga si kecik yg nakal,xdpt hayati sepenuhnya..hu5), perkongsian pengalaman oleh Tuan Haji Noorazman ketua bg pihak Malaysia dlm misi kemanusiaan konvoi Mavi Marmara, lagu abg Muadz Dzulkefly, as always, the best performance,dan lagu kesukaan saya oleh abg Shahiran dan rakannya (ada kisah lucu waktu persembahan mereka.ki5). dan tak lupa juga lagu dari Benci Kepada Cinta nyanyian Leia Az-Zahra. Persembahan UNIC mcm biasa lah. (^_^) lagu wawasan tu sy sangat suka. sy suka muzik nya. lirik nya pun best. tp muziknya yg plng sy suka. merdu. n_n

Di sini  sy nak kongsikan satu puisi yg sgt menyentuh hati sy. puisi ni dideklamasikan oleh abg Hafiz Hamidun. bagus btul Abg Hafiz ni, serba boleh, kreatif. sangat suka tengok performance dia.mantap dan berkeyakinan,serta kreatif. bersemangat. mcm abg Muadz Dzulkefly. huhu, dulu sy tak minat pun abg Hafiz Hamidun ni. huhu. tapi first time tgok dia perform masa program Gig for Gaza, mmg terpikat terus ngan performance dia. abg Muadz pun mcm tu gak.tgok lam TV ngan dpn mata sendiri, serta berpeluang kenal di luar kawasan pentas, mmg sngt lain.... ok, xnk panjangkan kalam lagi dah.di sini, saya nak kongsikan puisi dia. sempat lagi dia terfikir tentang hari ibu, mmg mengharukan lah... membuktikan dia seorng yg prihatin.tahniah sekali lagi abg Hafiz. (^_^)


Sajak
Untuk ibu-ibu di Palestin

Kau sambung harimu
Di dingin subuh
Di hening akhir malam
Di sunyi akhir bintang
Dengan desir api-api terbakar sisa-sisa semalam
Mengangkat tangan membasuh muka dan anggota dengan wudhu
Menunai subuh lalu siap berdoa

Kau sambung harimu
Menguli tepung
Menebar adunan
Membakar roti
Mungkin dari sisa-sisa api semalam
Mengangkat roti menghidang jamu sarapan dengan cinta
Menghidang untuk suami dan anak-anak
Biar perut mereka terisi dahulu

Kau sambung harimu
Mengambil pakaian
Mengutip kaftan
Mengangkat serban suamimu
Membawa ke punca air
Sambil melalui sisa-sisa api dan bedilan semalam
Menyental darah-darah beku
Mengisi dengan sabun kasih
Membilas dengan air mata berderai
Syukur kau masih punyai anak-anak dan suami
Dengan bukti pakaian mereka di tanganmu

Ibu-ibu palestin
Kau sambung harimu
Membersih rumah-rumah tanahmu
menyapu sisa-sisa api yang bergolek abu
Menyisir rambut anak lelakimu
Menyisip rambut anak perempuanmu yang terkeluar dari jilbab yang kau anyam
Mengucup tangan suamimu
Melambai mereka pergi
Mencari ilmu
Menuai rezeki
Mengharap mereka akan kembali
Selamat pulang ke rumah

Kau sambung harimu
Dengan zikir tafakur dan redha
Dengan selawat bersulam doa
Menanti detik pulang anak-anak dan suami tercinta

Ah,
Itu dia mereka pulang,
Anak-anakmu ada
Suami mu juga ada
Sedikit darah terpalit dibibir suamimu kau usap dengan kain basah
Kau bertanya khabar mereka
Mereka masih tersenyum
Demi mu ibu-ibu palestin

Kau sambung harimu
Di dada maghrib kau bentang sejadah jemaah
Di nadi isya' kau injap doa tak henti
Mengharap esok masih ada
untuk masih disambung
tugasmu sebagai
Ibu-ibu palestin

Di kamar itu
Kau bersama suami
Memeluk erat jasad suami yang masih bernyawa
Kau faham sayang dan cinta
hakikatnya masih enak dipeluk
masih enak dicium
masih enak didakap
masih enak dimesra
masih enak segala-galanya
Selagi nyawa suami masih dijasad
dan engkau juga faham
hakikat mungkin suatu hari
peluk
cium
dakap
mesra
segala-gala
mungkin akan pergi
dan kau akan menanggung hakikat
untuk meneruskan harimu

Sabarlah anak-anak palestin
doakanlah ibumu
Setialah suami-suami palestin
cintailah isterimu
supaya mereka
akan dapat
meneruskan hari-hari
sebagai
ibu-ibu palestin...



sekian... amacam? best kan? kalau tgok dia deklamasikan lagi rasa menyentuh hati. ngan gayanya..huhuhu. nice. ok, sekian saja perkongsian dr saya.

salam syg, slm mahabbah, slm perjuangan buat Islam Tercinta.
dr saya,
Intan Insyirah @ ZIAF. (^_^)